"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(Annahl:125)

Monday, 8 July 2013

SUBHANALLAH,bahasa cinta!

A : uih.....hang nie kecik-kecik dah pandai cakap pasal cinta nie...

B : apasal...hang ingat cinta untuk orang dewasa ke?

A : memang la(dgn penuh yakin)..

B : pastu ..hang tak cinta kat parents hang??

A : of course ler aku cinta.....sayang...

B : ok..sekarang balik pada topik...kau tau apa bahasa cinta?

A : mesti ler...ayat berbunga-bunga tu la bahasa cinta
.
B : salah..LEMAH LEMBUT itu bahasa cinta.......



_________________________________________________________________

bila bahasa cinta hilang..
sketsa suami isteri....

si isteri:bang,kan saya dah cakap jangan sepahkan rumah.....(jerit-jerit)

si suami:(kelip-kelip mata)

si isteri:ish.....abang nie..dah la orang letih buat itu ini,abang buat derk je!

ya Allah!dimanakah bahasa cinta..
mengapakah frekuensi suara pasangan suami isteri boleh meninggi?
manakah bisikan cinta dan luahan rasa yang mendayu-dayu spt mula-mula dahulu?
kenapa dinyaringkan?
kenapa perlu menjerit-jerit?

bagi saya bahasa cinta spt eye contact...
korang tidak memerlukan gajet-gajet teknologi,tapi kelembutan hati...


berlemah lembut dalam berkata-kata...
manusia lupa bahawa lemah-lembut diperlukan di DUNIA,bahkan di AKHIRAT....


Rasulullah S.A.W bersabda:
"mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang orang yang diharamkan dari neraka atau naraka diharamkan keatasnya?Iaitu atas setiap orang yang menghampiri (orang lain) dengan lemah lembut,lagi memudahkan."-(riwayat al-Tirmizi)

Ustaz Pahroi cakap cinta dan kasih sayang umpama mentari.cahayanya boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang mempunyai mata...

cinta mampu kembara merentasi ruang dan masa.cinta ialah soal hati yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman.itu ajaibnya cinta..

apabila kita kehilangan bahasa cinta,itu petanda cinta(komunikasi) itulah sbnrnya telah hilang!
jzzk...